Wednesday, March 31, 2010

Oktober 2006 - Berjauhan dengan suami

Suamiku mendapat tawaran untuk bertugas di Ibu Pejabat yang bertempat di Bukit Jelutong, Selangor... Hatiku amat sayu ketika itu memandangkan kami terpaksa berjauhan.. Saat itu, daku bertugas di Alor Setar... Daku & suami mengambil keputusan untuk menghantar daku untuk tinggal di rumah ibu bapaku di Seberang Pumpong... Betapa besar pengorbanan ayah & ibuku, walaupun daku telah berkahwin, tetapi mereka amat prihatin tentang kebajikan diriku.. Ayahku yang menghantar & mengambilku dari tempat kerja.. Ibuku pula memberi semangat kepadaku sepanjang daku hamil memandangkan kesihatan ku yang kurang mengizinkan ketika itu... Terima kasih Ayah & Ibu...

Julai 2006 - Alhamdulillah.. daku disahkan hamil anak pertama....



Alhamdulillah.. daku & suami amat gembira apabila daku disahkan hamil 4 minggu.. tetapi daku amat gembira bercampur sedih dengan dua khabar yang kuterima serentak.. daku disyaki hamil di luar rahim.. setelah dibuat pemeriksaan rapi, Alhamdulillah, kandungan ku dapat diselamatkan dan daku amat bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya, daku diberi peluang memegang amanah yang tidak ternilai harganya iaitu bergelar IBU......